topbar


Home :: Products :: AboutUs ::Contact ::Order


HERBANIKA BERSALIN

  produk   

logoNR3

  MEMBANTU WANITA PULIH

  seperti SEDIAKALA tidak saperti  PRODUK yang lain

 DIMANA

Hikmat  Penggunaan  Herbanika  Bersalin

  NR  Menggembalikan

 Keanggunan IBU-IBU mengatasi perawan

"RAHSIA IBU LEBIH ANGGUN DARI GADIS"


image/set bersalin.jpg
Set Herbanika Bersalin  NR

Kelahiran atau melahirkan pada kehidupan wanita  ?
Kehamilan dan kelahiran adalah merupakan satu proses fisiologi untuk memperbanyakkan dan mengembangkan zuriat. dan diterima sebagai suatu pekara yang normal oleh setiap wanita. 

Kelahiran juga adalah menukar corak hidup seorang wanita menjadi ibu yang diserahkan beban dan tanggungjawab yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan dimana Allah akan menilaikan perjuangan kerohanian seorang ibu itu dalam mempertahankan kesabaran dan keimananya. Kesakitan dan emosi bersalin amatlah pahit untuk dikenangkan sapertimana kata orang tua-tua dahulu iaitu " Saperti Telur Di hujung Tanduk "


Pandangan positif tentang kelahiran
B
agi sesetengah wanita mengandung dan melahirkan merupakan suatu pengalaman yang positif . Pengalaman ini dapat  menyakinkan lagi kewanitaan individu berkenaan , meningkatkan pandangan  posititf terhadap diri sendiri serta mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami dan isteri.  Seterusnya hubungan antara ibu dan anak-anak yang baru dilahirkan akan berkembang dan menjadi bertambah erat  untuk memenuhi keperluan kedua-dua belah pihak , terutama sekali anak yang memerlukan penjagaan rapi serta kasih sayang daripada ibu dan bapa  .


Apakah yang ditakuti oleh wanita yang belum pernah  melahirkan?
wanita yang hamil pertama  kali mungkin berasa risau dan takut akan proses melahirkan  bayi. Dia juga mungkin khuatir  tentang keupayaannya menjaga anak yang bakal dilahirkan. Bagi sejumlah kecil  wanita , mengandung dan bersalin merupakan punca masaalah dan konflik yang bukan sahaja menyebabkan  gangguan emosi semasa hamil malah selepas kelahiran anak.

Pelbagai faktor boleh menimbulkan masaalah ini contohnya
  • kandungan itu tidak diingini oleh sebab-sebab sosial,
  • kewangan yang menghambat kehidupan.
  • Masaalah rumahtangga, selain isteri, suami dan keluarga kedua belah pihak.
  • Masaalah perhubungan-komunikasi suami-isteri yang berpanjangan
  • Takut menghadapi kesakitan , pendarahan dan  masuk hospital .
adalah  merupakan  faktor-faktor penting yang menyumbang kepada gangguan emosi sewaktu hamil dan selepas bersalin .


Apa pula yang di takuti oleh wanita-wanita yang telah pernah  melahirkan  ?
Pengalaman wanita berkenaan dengan kandungan serta kelahiran yang  terdahulu terutama sekali  jika  pengalaman itu amat menyakitkan atau mengancam  nyawanya , juga boleh menimbulkan konflik kepada kehamilan kali ini .Semua pekara tersebut harus di bincangkan dengan doktor yang merawat agar dapat menggelakkan masaalah emosi yang mungkin timbul selepas bersalin nanti. 


Apakah penyakit yang sering dialami oleh wanita selepas bersalin ?
Kemurungan dan Kemuraman  sering  dialami  oleh  wanita -wanita yang telah melahirkan  bayi. Ini merupakan  gangguan emosi. Di laporkan bahawa 10 hingga 15 peratus wanita mengalaminya dalam  tempoh enam minggu selepas bersalin, walaupun sebahagian besar daripada mereka ini akan mengalaminya  dalam masa dua minggu pertama selepas bersalin  . Bagaimanapun sekiranya tidak dirawat besar kemungkinan gangguan emosi ini akan berpanjangan sehingga enam atau sembilan bulan .

Bagaimana bentuk penyakit kemurungan dan kemuraman ?
Ciri utama yang dihadapi ialah :-
  • Perasaan sedih yang agak sederhana teruknya . Wanita berkenaan mungkin mengadu berasa sunyi , lebih mudah menangis , berasa sedih, mudah tersinggung dan terlalu sensitif .
  • Cepat marah , dan perasaanya cepat berubah , sedih menjadi riang seterusnya bertukar kepada marah .
  •  Mereka merasakan dirinya kurang berguna
  •  Hilang minat dalam aktiviti harianya .
  • Ada diantara mereka yang  diganggu perasaan menyalahkan  diri sendiri serta beranggapan bahawa mereka tidak akan menjadi seorang ibu yang baik
  • Selain itu ada pula ibu yang risaukan kesihatan bayinya , walhal anaknya tidak menghidap sebarang penyakit
  • Ada diantara mereka yang mengalami tidak suka malah benci terhadap anak  dan mungkin enggan mengasuh atau menyusui anak itu
  • Ada juga yang mungkin terlalu risau akan kesihatan dirinya dan berasa dia ada menghidap penyakit yang belum lagi dapat dikesan oleh doktor.

Apakah faktor -faktor yang boleh menyebabkan  kejadian kemuraman dan kemurungan itu ?
Antara faktor yang di kaitkan dengan kejadian itu  adalah :-
  • Masaalah penyesuaian  psikologi yang perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.
  • Keletihan dan kelesuan fizikal akibat pengalaman  bersalin serta penjagaan  bayi
  • Kekurangan tidur diwaktu malam
  • Tekanan kehidupan lain saperti masaalah ditempat kerja
  • Masaalah perhubungan keluarga.
  • Masaalah perhubungan suami isteri
  • Umur yang terlalu muda.
  • Masaalah kewangan yang diihadapi lebih membebankan untuk menerima orang baru dalam kehidupan

  • Kurang sokongan dan bantuan daripada suami, ibubapa, sanak saudara  atau sahabat handai
  • Yang terlebih penting adalah  hormon yang tidak setabil menyebabkan berlakunya gangguan emosi  selepas bersalin .

Apakah "GILA MERIAN" atau "MEROYAN" ?
Gila Merian atau Meroyan  merupakan jenis penyakit  selepas bersalin yang amat serius  dikalangan wanita selepas melahirkan .  Biasanya  wanita yang terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami. Penyakit ini disebabkan berpunca daripada angin  kotor yang berkumpul didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga  "mother blues"

"Darah  kotor yang tidak keluar dengan sempurna dan teratur  akan
menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan  hormon  wanita.  Penyakit ini hendaklah diberikan perhatian  serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.
Darah kotor itu juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."

Asas utama ialah kerana penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir . Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak  sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan

Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang dikenal pasti oleh pakar perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis meroyan ini dapat disemak didalam  buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)


Apakah antara kesan penyakit ini ?
  • Gangguan fungsi otak berlaku menyebabkan wanita  lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu yang menakutkan mereka  atau mungkin mendakwa ada orang yang ingin menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin bertindak  agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada apa yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada ingatan  langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau luar biasa itu semasa mengalaminya
  • Gangguan tidur yang menjadi lebih teruk. Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya menjadi resah dan gelisah .
  • Perubahan emosi bertambah mendadak dan ibu mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu  mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya  melakukan pelbagai dosa atau kesalahan.
  • Ia mungkin menyuarakan kepercayaan karut yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami sebarang penyakit.
  • Akibat pengalaman yang tidak normal  ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau  mencederakan suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan diri sendiri atau orang lain .
  • Gangguan emosi atau tekanan perasaan juga kerap berlaku kepada ibu bersalin yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .

Kemuraman , kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?
Simptom-simptom dalam gila merian atau meroyan ini adalah lebih teruk lebih  menyeluruh serta lebih mengganggu keupayaan wanita untuk menjalankan tugas  harian.

Dianggarkan satu daripada setiap 500 ibu yang melahirkan anak akan mengalami  gila merian atau meroyan  ini dan biasanya  tanda-tanda ini timbul  dalam masa dua minggu pertama selepas kelahiran . Jenis  yang paling kerap berlaku ialah kemuraman dan  kemurungan yang mempunyai banyak simptom persamaanya.


Apakah terdapat penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas bersalin , juga menakutkan?

1.    Bagi ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi keadaan radang Payu Dara . Ianya boleh berlaku selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting payudara yang  merekah dan luka juga boleh menyebabkan keradangan

2.   Semasa dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis  atau darah beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu selepas bersalin . Pesakit akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang  keterlaluan. Keadaan ini menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian tekanan saperti bahagian  punggung , pinggang dan kaki tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang berbau busuk akan mengalir keluar dari tempat sulit.

3.   Selain daripada itu jangkitan pada salur kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil. jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan menyebabkan demam

4.   Perubahan tubuh badan yang sering berlaku keatas wanita selepas bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu , ibu-ibu cepat mengalah mengenai penjagaan kesihatan dan kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka percaya selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .

5.   Mengikut pendapat orang tua-tua setiap kali bersalin satu urat akan putus. Oleh itu , ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan berasa kurang selesa kerana  posisi  rahim diketika itu kembang, bengkak, dan terasa  berat .

6.   Selain daripada itu , urat saraf dibahagian pinggul masih kendur , saluran kencing dan sekitar ari-ari turut  bengkak akibat tekanan kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga  sering berlaku  didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak dikeluarkan  dan semasa melahirkan . Luka ini disebut  " luka menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa tidak selesa  dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik dan lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat rawatan  yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim atau kenser pangkal rahim .

7.   Demam kelahiran ' ialah demam semasa nifas yang disebabkan oleh infeksi di tisu rahim . Infeksi ini terjadi kerana kuman penyakit saperti streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa  maut. Infeksi mungkin  merebak dari rahim kedalam  ovari atau tisu-tisu lain sehingga  timbul abses pada selaput peritoneum lalu menyebabkan  peritonitis .

8.   Lelehan yang berwarna merah akan terus mengalir selagi rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya  akan beransur kurang selama 14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke hari  40 , barulah ia mula mengering.

9.    Jika sekiranya masih ada lelehan cairan,  ini menandakan rahim masih bengkak dan belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan saperti  sedang mengandung . lelehan ini akan berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas pantang . Saluran vagina akan mengembang  serta terasa berat . Ini boleh mengganggu hubungan kelamin suami isteri .

10.   Sewaktu tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu jari kaki dijaga supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu , mereka bimbang ini boleh menyebabkan bentan (tumpah darah )

11.  Semasa melahirkan anak, banyak tenaga telah digunakan yang menyebabkan  keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan oleh darah keluar dengan  banyak . Kadang-kadang keletihan ini boleh menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi.  Pesanan orang tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah  dari segi jasmani  dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan emosi yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.

Pada masa dahulu penyakit -penyakit sedemikian boleh menyebabkan  kematian. Sekarang ia dapat diselamatkan jika rawatan segera diberikan oleh Pakar Sakit Puan .


Sembelit dan Buasir 
Sembelit adalah punca buasir terutama jika seorang meneran ketika membuang air besar .Telah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu dalam pantang bersalin mengalami masaalah sembelit ( sukar membuang air besar ). Sembelit kerap berlaku kepada ibu-ibu yang  tidak makan makanan berserat , kurang minum air, dan mengamalkan jamu panas . Diet serta pantang larang secara ini amat membahayakan kesihatan seseorang  itu.

Buasir adalah kejadian bonggol-bonggol yang mengandungi vena yang kembang atau timbul  diselaput  lendir  rektum atau pada kudis disekitar dubur. Pesakit  akan mengalami pedih bisa serta gatal dan sakit yang berdenyut dibahagian dubur , ada kalanya darah akan keluar bersama najis semasa membuang air besar .Ketika melahirkan  semasa meneran  dan ketika dalam pantang  ibu-ibu akan berasa  lemah dan kemungkinan mengalami terkanan darah rendah apabila tumpah darah berlaku setiap kali membuang air besar . Ibu akan kelihatan sugul, pucat dan tidak bermaya dan ini  boleh menyebabkan gangguan emosi .

Sembelit juga boleh menyebabkan ketulan najis terhimpun di usus besar dan apabila berlanjutan , sembelit boleh menjejaskan keluaran darah nifas yang teratur.
Kejadian ini boleh menyebabkan angin keracunan atau angin meroyan menyerap kedalam sistem  tubuhbadan  . Apabila ini berlaku ibu bersalin akan mendapat pelbagai penyakit saperti sakit kepala (migrain ), sakit dan bisa otot dan sendi , kebas-kebas sendi ,bengkak otot dan sendi , gatal dibahagian kemaluan , timbul urat dibetis dan menyebabkan penyakit kuning (jaundice)


Apakah penyakit-penyakit  ini hanya terjadi kepada yang bersalin Normal Sahaja ? Bagaimana pula yang bersalin secara Pembedahan ?
Samada bersalin secara normal atau  pembedahan  seseorang wanita itu pasti akan  mengalami masaalah ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga boleh mengganggu hari-hari mendatang dalam hidupnya.

Oleh itu orang tua-tua menyuruh berpantang selepas melahirkan supaya kesihatan rohani dan jasmani  dapat dikembalikan iaitu bertenaga dan rupa tubuh badan yang asal dapat dinikamati .

Pesanan orang tua-tua juga dengan tegas agar patuh menjalankan pantang larang bersalin kerana pergerakkan yang kasar , mencangkung ketika bekerja , mengadakan hubungan kelamin ketika masih dalam berpantang bersalin , jatuh terhempas punggung boleh menyebabkan peranakan turun (proleps) dan kemungkinan menyebabkan peranakan terkeluar.

Keadaan lebih teruk lagi bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan dimana luka pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan sekiranya pekara ini diambil mudah sahaja oleh ibu-ibu yang terlibat ianya  akan menimbulkan banyak  masaalah kesihatan tubuh badan dimasa mendatang

Sesetengah berpendapat  bahawa ibu-ibu  yang melahirkan secara pembedahan  tidak perlu bersusah payah melalui berpantang bersalin kerana bayi tidak keluar melalui saluran faraj . Ini adalah fahaman yang salah .Bagi setiap wanita  proses mengandung dan melahirkan  samada melalui pembedahan atau normal , apa yang perlu adalah menjaga kesihatan organ dalaman wantia .


Bagaimana kaedah rawatan ibu-ibu selepas bersalin dilakukan?
Terdapat  pelbagai cara  rawatan dilakukan mengikut tradisi kaum  di Malaysia.
Penyelidikan  yang dilaksanakan oleh pasukan saintis di Universiti Sains Malaysia berkaitan amalan pengambilan herba bersalin telah menghasilkan  penemuan yang menakjubkan. Pengambilan cekur ketika dalam pantang bersalin dapat menyeimbangkan hormon dan sekali gus mengelakkan masaalah kemurungan atau mother blues.

1. Penjagaan Secara Tradisional  Tradisi Melayu
Mengikut  amalan secara tradis melayu  rawatan yang dilakukan adalah dimana :-
  • Menggunakan bahan-bahan herba saperti cekur, , halia , kunyit  dan lain-lain herba sebagai pemakanan
  • Melakukan acara bertuam ,
  • Berbarut atau berbengkung serta
  • Berurut
  • Bertangas atau berganggang
akan dapat  membantu  wanita-wanita  selepas bersalin pulih saperti sediakala dimana keanggunan ibu-ibu mengatasi perawan.

 
                            berurut bertuam bengkung
Berurut/Bertuam/Berbengkung

2. Rawatan Bersalin Secara  Moden
  • Mengikut cara perubatan moden air perlu diminum dengan banyak untuk menyusukan bayi 

  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dimestikan untuk mengatasi sembelit. Senaman dengan gerakan -gerakan yang tertentu perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang infeksi yang mungkin berlaku semasa melahirkan .

  • Ubat penahan sakit juga diberi oleh doktor untuk melegakan kesakitan.

  • Semua cara ini memang boleh membantu  kesihatan ibu dari segi luaran dan dalaman tetapi kebanyakkannya  menderita dengan kesan sampingan ubat-ubatan moden dan cara senaman yang tidak terkawal.

  • Mereka juga menjauhkan  diri daripada amalan herba serta petua nenek moyang tentang penjagan diri semasa dalam pantang bersalin

Adakah terdapat sebarang produk khas selepas melahirkan  secara  tradisional  mengikut tradisi melayu?

    Rangkaian Herbanika Bersalin NR dirumus khas bagi membantu penjagaan kesihatan dan kecantikan ibu semasa menjalani tempoh  selepas bersalin. Ia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk penjagaan dalaman dan penjagaan luaran

Khasiat Penjagaan Dalaman adalah:-

  • Untuk  membantu  mengeluarkan dan mebersihkan penimbunan kotoran bertoksid , darah beku, air berlebihan dan kotoran hasil air kencing dan juga lemak. Ia juga membantu menguatkan dan mempercepatkan proses pengecutan rahim dengan mengaktifkan hormon yang mengimbangai sistem tubuh dan mempertingkatkan kuantitit dan kualiti penghasilan susu ibu.
  • Ia juga telah terbukti dapat membantu memelihara kesihatan ibu dengan mencegah dan mengatasi masaalah depressi ( kemurungan perasaan ibu selepas bersalin ) tekanan dan juga lemah anggota dan paling menakutkan Angin Meroyan . 

Khasiat Penjagaan Luaran  pula :-
  • Membantu melegakan masalah sejuk-sejuk , kebas, mengurangkan pengeleberan dan memperkecilkan kesan jaluran  perengangan, pigmentasi, mengejab, menyegarkan kembali payudara , otot tubuh dan menggalakkan kelangsingan tubuh yang lebih berbentuk

Apakah pekara ini boleh dipercayaai ?
Dalam pekara ini suatu penyelidikan dan kajian Saintifik telah dilakukan oleh sekumpulan pensyarah  Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan , Universiti Sains Malaysia (USM ) Cawangan Kubang Kerian Kelantan  dengan Kerjasama Nona Roguy  telah menemui kaedah baru rawatan saintifik untuk wanita selepas bersalin yang menghidap penyakit meroyan (gila merian ), dengan menggunakan sejenis Herba.

Menurut Pensyarah Jabatan farmakologi USM Prof.Madya Syed Mohsin Syed Sahil Jamalulai ,

 "Penggunaan  ubat  tradisional  Herbanika Bersalin  NR melalui hasil kajian,mampu mengatasi penyakit  meroyan (gila merian ) yang sering berlaku dikalangan wanita selepas bersalin . Amalan pemakanan herba tersebut  boleh bertindak sebagai penenang  serta membantu wanita mengurangkan  tekanan  perasaan yang dialami oleh wanita selepas bersalin '
Sementara itu Pengarah Urusan NR , Datin Sharifah Anisah Tan Sri Syed Agil Barakbah memberitahu " Set Bersalin NR yang merangkumi  penjagaan kesihatan ibu selepas bersalin secara luaran dan dalaman  terbukti berkesan  memelihara kesihatan , mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan , Kebersihan dan keaslianya Herba keluaran NR adalah dijamin .

Kini Set Bersalin adalah suatu pilihan yang popular dan tidak asing lagi dikalangan ibu-ibu selepas bersalin bukan sahaja dikalangan orang melayu tetapi juga pelbagai kaum di Malaysia. 


keratan akhbar

( Simpanan gambar kenangan )


ADAKAH  BEZA   ANTARA  KEDUA-DUA  RAWATAN INI
Kebanyakan ibu moden memang berjaya untuk keberkesanan  mengempiskan perut dan melangsingkan badan menggunakan alatan senaman juga  memakan  vitamin dan mengamalkan pemakanan yang menyihatkan untuk mengembalikan  tenaga

akan tetapi
pada hakiaktnya kulit perut masih lembik kendur dan berjalur apabila dilihat tanpa berpakaian . Payudara semakin kecut walaupun bermacam-macam cara dilakukan .

Sesungguhnya

untuk kembali kepada tubuh mantap, segar sihat dan wajah berseri serta awet muda masih jauh kebelakang berbanding amalan rawatan tradisional cara lama



Apakah amalan  Tradisi Melayu  menyusahkan?
Ada juga amalan Tradisi Melayu yang lebih menyusahkan ibu bersalin saperti pemakanan dan minuman yang amat terhad . Ibu-ibu dalam pantang bersalin disyurkan makan nasi dengan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dengan  sukatan air masak mengikut sekatan jari 2 ruas untuk sekali minum .

Namun ini sebenarnya  mengakibatkan ibu-ibu dalam pantang bersalin mengalami tekanan darah rendah dan adakalanya mendapat penyakit buah pinggang dan  boleh juga 
mengakibatkan penyakit kronik seperti  mengalami masaalah lelehan cecair yang gatal  dan sembelit.

"Oleh sebab yang demikian pakar-pakar perubatan moden menentang  sekeras-kerasnya cara-cara pantang larang ibu bersalin cara Tradisi Melayu".

Walhal  petua Tradisi Melayu  cara sederhana dapat mengembalikan bentuk badan yang asal , m
engecutkan rahim dengan cepat , merapat , merapikan saluran rahim serta mengempiskan perut ibu selepas bersalin .


Kelahiran Secara Pembedahan , Apakah ia tiada kesan sampingan ?
Ada juga ibu-ibu moden yang memilih cara kelahiran secara pembedahan kerana mereka berpendapat ia boleh mengelakkan kelonggaran dan luka terkoyak dibahagian faraj .

Kemungkinan mereka ini tidak tahu bahawa peranak rahim atau peranakan mengambil tempat  utama bagi kesihatan kewanitaan seorang perempuan . Jikalau rahim masih bengkak, luka dan berpenyakit puan , sapertimana yang telah disebutkan maka akan terjejaslah  kesihatan bila mana saluran faraj  akan menjadi longgar sebab  berair.

Ibu-ibu moden yang berkemampuan telah ramai yang menjalani pembedahan bahagian sulit untuk merapatkan kembali saluran faraj ( vagina passage ) supaya sentiasa menjadi "gadis sepanjang hayat " . Pembedahan sapeti ini telah menghilangkan daya kemutan urat saraf semulajadi kerana pembedahan itu telah mematikanya

Pekara ini telah menjadi buah mulut kaum laki-laki yang mengatakan sapeti meniduri  getah yang dijahit rapat atau saperti  meniduri seorang lelaki yang menukar jantinanya. menjadi perempuan .

Walau bagaimanapun itu adalah suatu kejayaan bagi kaum perempuan untuk mepertahankan hak wanita .

Apa akan terjadi sekiranya  wanita kehilangan rahim ?
Kehilangan rahim akan mengganggu hormon wanita, Ganguan hormon adalah satu yang sulit diatasi melainkan diberikan bantuan  hormon terapi atau bekalan hormon tumpangan yang direka khas untuk wanita putus haid. Segala rawatan ini akan mempunyai kesan dimana  kebanyakan wanita tidak tahan menanggung risikonya.

Walaupun kebanyakan pakar perubatan menafikan akan kesan sampingan daripada perubatan hormon tersebut, yang jelas sekali ialah kenaikan berat badan yang tidak dapat dikawal

"Wajah dan jasmani luaran dapat diperbaiki dengan cara pembedahan plastik tetapi malangnya  tidak  boleh keatas rahim "


Menjaga kesihatan  Selepas Bersalin.
Apakah perlu ?
Apakah kebahagian akan tercapai?
Apakah akan terjadi sekiranya mengambil ringan akan rawatan selepas  bersalin   ?

Sembilan bulan sepuluh hari menunggu kelahiran , seorang ibu akan mengalami
perubahan berlaku pada diri jasmani ( tubuhbadan ) dan  rohani (jiwa) serta anggota dalaman  termasuk  juga kadang kalanya menghadapi masaalah yang lebih berat dimana ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga boleh menggangu kehidupan harian , terkemudian daripada itu  terbiar tanpa sebarang penjagaan yang rapi.

Apakah itu tidak cukup untuk membayangkan akan kesan dan akibat selepasnya ?

Cuba fikirkan sekiranya kesihatan dianggap pekara penting  oleh pihak wanita ,
  • Mempunyai  tubuh badan yang sihat akan menjadikan wanita itu lebih cergas dan boleh menjalankan kehidupan seharianya dengan lebih bertenaga.

  • Dengan  kesihatan yang mengembirakan , segala tugas-tugas saperti menjaga  anak -anak, rumahtangga dan keluar bekerja bukanlah suatu pekara yang membebankan dan mejadikan  tekanan buat wanita itu.

  • Wanita adalah tulang belakang sesebuah keluarga maka dengan itu  mempunyai  kesihatan yang baik boleh menjadikan kehidupan ini lebih bermakna .
  • Wanita yang mempunyai  tubuh badan yang sihat  dapat membantu  keharmonian  rumah tangga .
  • Kaum wanita hendaklah mengetahui bahawa sebagai isteri , pintu rahim dan rahim adalah asas kebahagian seorang perempuan sebagai isteri . walau bagaimana rapat sekalipun saluran faraj , jikalau bahagian rahim menghidap penyakit puan maka lemahlah saluran faraj

  • Apabila uzur dibahagian wujud anggota seorang perempuan maka proses "penuaan" berlaku lebih cepat.


Kesimpulanya
Adalah amat penting bagi wanita  menjaga  diri selepas bersalin dan jika diabaikan  , kesannya mungkin tidak berlaku serta merta . Namun apabila melalui kelahiran yang banyak , usia pula meningkat ,dan tenaga semakin menurun banyak masaalah kesihatan akan berlaku,

dan
Akibat pengabaian tentang penjagaan diri semasa dalam pantang , ibu-ibu moden seringkali  mendapat penyakit bisa tulang , terasa badan berbisa , kebas kaki dan tangan , bengkak otot dan sendi., sakit pinggang dan sakit di ari-ari. masalah rahim tersangkut (prolapse ),  hakisan mulut rahim , keluaran cecair , ketumbuhan dipintu rahim , longgar saluran rahim, tidak ada daya kemutan .

Bila keadaan sedemikian berlaku kebanyakkan ibu-ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin. 

Untuk mendapatkan makumat yang lebih teperinci pentingnya penjagaan diri semasa pantang bersalin sila semak buku Ensiklopedia Perbidan Melayu tulisan Anisah Barakbah dalam bab 5 mukasurat 160


Bagaimana Petua orang tua-tua dahulu berhasil dan membantu  bagi kaum wanita sekarang ?
Mengikut sejarah rawatan tradisional dan petua-petua orang tua dahulu ada banyak faedahnya jikalau diamalkan dengan penuh keyakinan , kesabaran dan teratur . Nasihat dan rawatan orang tua-tua sememangnya baik jika dilakukan dengan betul dan secara sederhana .

InsyaAllah kaum wanita tidak akan terperangkap dengan keadaan yang menyedihkan ini. Sangatlah rugi jika seseorang wanita itu angkuh dan sombong tidak mahu mempraktikkan cara-cara yang dipandang 'low quality dan tidak setaraf dengan kehidupan  masa kini sedangkan masyarakat sedunia telah beralih pandangan kepada rawatan perubatan herba yang bersih dari dadah dan tanpa  kimia .

Cleopatra , puteri Mesir yang terkenal dengan rupa paras yang menarik menjaga kecantikan dengan menggunakan rawatan secara tradisional dengan begitu tekun dan rapi sekali .Beliau mengunakan bahan -bahan asli saperti madu lebah asli, susu kaldai, buah badam dan putik bunga untuk penjagaan dirinya .

Puteri-puteri dari siam dan jawa patuh dengan penjagaan secara tradisional dengan menggunakan akar-akar kayu, cendana , bunga-bunga dan limau purut dalam penjagaan diri seharian .

Mengikut secara barat, ibu bersalin diberikan sejenis minuman keras dengan sukatan yang teratur sebagai perubatan untuk mencuci dan mengelurkan  darah bantal ( clots) dan merendam bahagian sulit dengan brandy yang dicampur dengan garam dan air panas sebagai pencegah kuman dan penyembuh luka ( antiseptik ) Ibu ini juga mengikat barut panjang saperti bengkung jawa . Tali kain ini diikat di pintu dan ibu bersalin akan melilitkan badan nya sambil memusingkan mngikut kain yang panjang itu dibahagian perut pinggang dan punggung sehingga kejap dan rapi . mereka juga menggunakan cendana dan  minyak badam
untuk memelihara daripada sejuk dan kekeringan .

Pekara yang sebenarnya Tradisi Melayu  dalam cara Pantang Bersalin yang diamalkan telah memberi kesan yang menakjubkan dari segi kesihatan Fizikal dan Mental.


Pemakanan atau Diet Semasa Di Wad & selama 44 hari:-
  • Ibu - ibu dalam pantang bersalin boleh memakan buah-buahan sapert Epal merah (bukan yang masam,) Oren Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir, Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh menyebabkan batuk),

  • Jus Epal, Blackcurrant  ( Ribena ) buah Peach & sirap. Minuman berkhasiat iaitu Susu, Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika

  • Gunakan Gula Merah , Gula Perang , Raw Sugar dan  Madu Lebah.

  • Sayur-sayuran yang disyurkan boleh dimakan  ulam -ulam  Pengaga,Lemuni , Daun dan Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina ,  Daun kari, Lobak Merah, Tomato biji, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang ( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang

  • Nasi Panas sederhana lembut , Bubur  Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni

  • Ikan yang segar iaitu  Ikan Merah, Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu, Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.

  • Makanan Bijirin iaitu Gandum , Oats, Empingan jagung  (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah Perang ,Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu ) Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti Wholemeal/ wholeGrains

  • Roti Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari


Dijauhi semasa dalam pantang bersalin
  • Ikan -ikan yang berbisa saperti ikan bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang , tongkol,parang dan juga makanan laut yang  lain dimana ia  boleh menyebabkan luka-luka  dan bengkak dalam rahim sukar sembuh dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.

  • Ibu -ibu bersalin dilarang memakan ikan masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan  fizikal dan mentalnya

  • Ibu  bersalin dinasihati jangan makan sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu, belimbing , durian belanda , mangga dan betik.
    Segala ini boleh menyebabkan masaalah penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism ,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi.

Banyak resepi -resepi manarik yang boleh  dimabil oleh wanita-wanita didalam pantang bersalin  antaranya :-

Resepi Pati Ayam.
Bahan A
1 ekor ayam ( ayam didik atau ayam dara ) bersihkan dan rendam dengan tepung gandum selama 2 minit untuk menghilangkan bau hanyir.

Bahan B
5 ulas  besar bawang putih
6cm halia
1/2 sudu teh lada putih atau lada hitam ikut suka
1 sudu  besar madu lebah
Garam secukup rasa .
bawang putih dan halia dikisar dan campurkan dengan yang lain-lain .

Bahan C
2 sudu besar kicap manis

Cara menyediakanya:
a. Ayam digaul rata dengan bahan B
b. Kukus dengan 6 cawan air selama 3-4 jam sehingg empuk .
c. keluarkan ayam ambil patinya masukkan kedalam mangkok dan ayam dipotong kepada 4 bahagian .
d. Gaul ayam dengan bahan C dan digoring
e.  Hidang panas dan makan dengan nasi serta supnya,,,,

SELAMAT MENCUBA

Terdapat pelbagai resepi makanan yang boleh dicuba ataupun diamalkan oleh ibu-ibu ketika  pantang bersalin didalam  buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.


                          dalam pantang                   datin
                       Boleh ker mcm tu..?             Datin Sharidah Anisah
                                                                     walau sudah bergelar Tokwan
                                                                    masih anggun ...Idola ku..