|
ABOUT
US

Saya
mula mengenali Nona Roguy
pada 1996 . Pada ketika itu
saya memang telah sedia disahkan oleh doktor menghidap
pelbagai penyakit saperti migrain yang teruk,
anemia
dan pelbagai lagi masaalah, Saya telah mencuba
pelbagai cara perawatan dan makanan kesihatan termasuklah cara
tradisional.
Perawatan cara
kampung atau
secara
trdisional melayu adalah yang paling saya tidak gemar
.Seingat
saya , sewaktu kecil
dulu sekitar tahun 60an emak selalu
memberikan minuman yang mana campurannya
dari
pelbagai jenis dedaun , akar kayu, halia ,
kunyit, temulawak dan entah apa-apa lagi yang telah ditumbuk dan
direbus hingga pekat. Airnya ditapis dan disejukan . Aroma
Bau
yang keluar
dari campuran itu sahaja telah membuatkan penyakit saya hilang terbang
entah kemana . Suka
atau pun tidak saya terpaksa juga minum .
Masa
berlalu keadaan berubah dan saya
telah menukar gaya hidup termasuklah mengamalkan ubat-ubatan yang
lebih
moden Bila sakit sahaja pergi jumpa doktor makan ubat dan
kekadang
yang manis rasanya, lebih mudah , cepat dan senang dibawa
kemana-mana pada pandangan saya
diketika itu.
Mengamalkan cara hidup
moden
membuatkan sistem pembuangan
air besar saya tidak teratur , tidak suka
mengamalkan
rawatan dalam bersalin juga telah membuatkan saya menghadapi pelbagai
gelaja
penyakit , walaupun belum sampai ditahap peringakat kronik , tapi
sungguh membimbangkan.
Dengan
pelbagai pengalaman , dan tubuh
badan yang
kurang sihat membuatkan
saya tercari-cari ubatan dan rawatan saperti
yang emak berikan dizaman kecil dahulu iaitu
menggunakan
dedaun ,akar
kayu , kulit pokok dan
pelbagai lagi bahan tumbuh-tumbahan , yang kini dikenali
dengan
panggilan ' HERBA'
'
Kemajuan
yang dicapai di
Malaysia kini, membuatkan dunia perubatan dinegara kita juga
betambah maju dan canggih .Penyediaan perubatan tradisional
cara
lama telah
dimodenkan . Akar-akar kayu, dedaun dan pelbagai lagi bahan kini
diproses dan ditabletkan supaya lebih mudah dimakan dan
dibawa
kemana sahaja.
Setelah bersama jenama
NONA
ROGUY selama
lebihkurang 12 tahun. ,
kini dapatlah membantu masyarakat melayu mempopularkan semula
cara-cara perawatan Tradisi Melayu termasuklah dalam rawatan bersalin
Berjumpa
doktor adalah pekara utama ,supaya penyakit dapat
dikenal
pasti , dengan itu mudahlah memilih ubat yang bersesuaian,
didalam perubatan alternatif ini .

Bersama
RosyamNoor (Duta Nona Roguy) pada tahun 2000
Bersama Datin Sharifah Anisah Barakbah, dan rakan disuatu
majlis
seminar 2002
|