|
HOME
HERBANIKA
BERSALIN
produk
NONA ROGUY
MEMBANTU
WANITA PULIH
seperti
SEDIAKALA tidak saperti PRODUK
yang lain
DIMANA
Hikmat
Penggunaan Herbanika Bersalin
NONA
ROGUY Menggembalikan
Keanggunan
IBU-IBU mengatasi
perawan
"RAHSIA
IBU LEBIH ANGGUN DARI GADIS"
Kelahiran
atau melahirkan pada kehidupan
wanita ?
Kehamilan dan kelahiran adalah merupakan satu proses fisiologi untuk
memperbanyakkan
dan mengembangkan zuriat. dan diterima sebagai suatu pekara yang normal
oleh setiap wanita.
Kelahiran juga adalah menukar corak hidup
seorang wanita menjadi ibu yang diserahkan beban dan tanggungjawab yang
penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan dimana Allah akan menilaikan
perjuangan kerohanian seorang ibu itu dalam mempertahankan kesabaran
dan keimananya. Kesakitan dan emosi bersalin amatlah pahit untuk
dikenangkan sapertimana kata orang tua-tua dahulu iaitu " Saperti Telur
Di hujung Tanduk "
Pandangan
positif
tentang kelahiran
Bagi
sesetengah wanita mengandung dan melahirkan merupakan suatu pengalaman
yang positif . Pengalaman ini dapat menyakinkan lagi
kewanitaan
individu berkenaan , meningkatkan pandangan posititf terhadap
diri sendiri serta mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami
dan isteri. Seterusnya hubungan antara ibu dan anak-anak yang
baru
dilahirkan akan berkembang dan menjadi bertambah erat untuk
memenuhi keperluan kedua-dua belah pihak , terutama sekali anak yang
memerlukan penjagaan rapi serta kasih sayang daripada ibu dan
bapa .
Apakah
yang ditakuti
oleh wanita yang
belum pernah melahirkan?
wanita
yang hamil pertama kali mungkin berasa risau dan takut akan
proses melahirkan bayi. Dia juga mungkin khuatir
tentang
keupayaannya menjaga anak yang bakal dilahirkan. Bagi sejumlah
kecil
wanita , mengandung dan bersalin merupakan punca masaalah dan konflik
yang bukan sahaja menyebabkan gangguan emosi semasa hamil
malah
selepas kelahiran anak.
Pelbagai faktor boleh menimbulkan masaalah ini contohnya
- kandungan
itu tidak diingini oleh
sebab-sebab sosial,
- kewangan
yang menghambat kehidupan.
- Masaalah
rumahtangga, selain isteri, suami
dan keluarga kedua belah pihak.
- Masaalah
perhubungan-komunikasi
suami-isteri yang berpanjangan
- Takut
menghadapi kesakitan , pendarahan
dan masuk hospital .
adalah
merupakan faktor-faktor
penting yang menyumbang kepada gangguan emosi sewaktu hamil dan selepas
bersalin .
Apa
pula yang di takuti oleh wanita-wanita yang telah pernah
melahirkan ?
Pengalaman
wanita berkenaan dengan
kandungan serta kelahiran yang terdahulu terutama
sekali
jika pengalaman itu amat menyakitkan atau mengancam
nyawanya , juga boleh menimbulkan konflik kepada kehamilan kali ini
.Semua pekara tersebut harus di bincangkan dengan doktor yang merawat
agar dapat menggelakkan masaalah emosi yang mungkin timbul selepas
bersalin nanti.
Apakah
penyakit yang
sering dialami oleh
wanita selepas bersalin ?
Kemurungan
dan
Kemuraman
sering dialami oleh wanita
-wanita yang telah melahirkan bayi. Ini merupakan gangguan
emosi. Di laporkan bahawa
10 hingga 15 peratus wanita mengalaminya dalam tempoh enam
minggu
selepas bersalin, walaupun sebahagian besar daripada mereka ini akan
mengalaminya dalam masa dua minggu pertama selepas
bersalin
. Bagaimanapun sekiranya tidak dirawat besar kemungkinan gangguan emosi
ini akan berpanjangan sehingga enam atau sembilan bulan .
Bagaimana
bentuk
penyakit kemurungan
dan kemuraman ?
Ciri
utama yang dihadapi ialah :-
- Perasaan
sedih yang agak sederhana
teruknya . Wanita berkenaan mungkin mengadu berasa sunyi , lebih mudah
menangis , berasa sedih, mudah tersinggung dan terlalu sensitif .
- Cepat
marah , dan perasaanya cepat berubah
, sedih menjadi riang seterusnya bertukar kepada marah .
- Mereka
merasakan dirinya kurang
berguna
- Hilang
minat dalam aktiviti harianya
.
- Ada
diantara mereka yang diganggu
perasaan menyalahkan diri sendiri serta beranggapan bahawa
mereka
tidak akan menjadi seorang ibu yang baik
- Selain
itu ada pula ibu yang risaukan
kesihatan bayinya , walhal anaknya tidak menghidap sebarang penyakit
- Ada
diantara mereka yang mengalami tidak
suka malah benci terhadap anak dan mungkin enggan mengasuh
atau
menyusui anak itu
- Ada
juga yang mungkin terlalu risau akan
kesihatan dirinya dan berasa dia ada menghidap penyakit yang belum lagi
dapat dikesan oleh doktor.
Apakah
faktor
-faktor yang boleh menyebabkan kejadian kemuraman dan
kemurungan
itu ?
Antara
faktor
yang di kaitkan dengan
kejadian itu adalah :-
- Masaalah penyesuaian
psikologi yang perlu dilakukan selepas kelahiran bayi.
- Keletihan
dan kelesuan fizikal
akibat pengalaman bersalin serta penjagaan bayi
- Kekurangan
tidur diwaktu malam
- Tekanan
kehidupan lain saperti
masaalah ditempat kerja
- Masaalah
perhubungan keluarga.
- Masaalah
perhubungan suami
isteri
- Kurang
sokongan dan bantuan
daripada suami, ibubapa, sanak saudara atau sahabat handai
- Yang
terlebih penting adalah hormon
yang tidak setabil menyebabkan berlakunya gangguan emosi
selepas
bersalin .
Apakah
"GILA MERIAN" atau "MEROYAN" ?
Gila
Merian atau
Meroyan
merupakan jenis penyakit selepas bersalin yang amat
serius
dikalangan wanita selepas melahirkan . Biasanya
wanita yang
terlibat dikenal pasti dengan mudah oleh keluarga dan juga suami.
Penyakit
ini disebabkan berpunca daripada angin kotor yang berkumpul
didalam rahim selepas bersalin atau disebut juga "mother
blues"
"Darah
kotor yang tidak keluar dengan
sempurna dan teratur akan
menjadi darah beracun. Darah
beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu
keseimbangan
hormon wanita. Penyakit ini hendaklah diberikan
perhatian serius kerana penyakit ini akan berlarutan seumur
hidup
sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Darah
kotor itu
juga akan menjadi punca sakit kepala , Kemurungan, Kemuraman dan
seterusnya kepada sakit Angin Meroyan."
Asas
utama ialah kerana
penyakit ini menjejaskan otak ,cara berfikir, dan reaksi seseorang itu
terhadap kenyataan hidup .Pergerakkan salur darah kerap kali
menimbulkan kekacauan fikiran dan merosotkan daya untuk berfikir .
Pelbagai gangguan kesihatan boleh mempengaruhi fungsi otak
sehingga menimbulkan gejala yang meyerupai penyakit gangguan jiwa (gila
meroyan). Penyakit ini juga boleh berlaku jika ibu bersalin mengalami
komplikasi penyakit saperti siplis, ketagihan alkohol, dan ketoksikan
Terdapat beberapa jenis penyakit meroyan yang
dikenal pasti oleh pakar
perubatan tradisional Melayu.
(Jenis-jenis
meroyan ini dapat disemak didalam buku
Ensiklopedia
Perbidanan Melayu tulisan Anisah Barakbah, mukasurat 178 - 181)
Apakah
antara kesan
penyakit ini ?
- Gangguan
fungsi otak berlaku menyebabkan
wanita lepas bersalin secara tiba-tiba mengadu nampak sesuatu
yang menakutkan mereka atau mungkin mendakwa ada orang yang
ingin
menganiaya dan mencedrakan mereka. Dalam keadan ini mereka mungkin
bertindak agresif atau berusaha untuk melarikan diri daripada
apa
yang menakutkan . Lazimnya wanita ini akan mengadu bahawa ia tiada
ingatan langsung tentang tingkah lakunya yang agresif atau
luar
biasa itu semasa mengalaminya
- Gangguan
tidur yang menjadi lebih teruk.
Ia mungkin tidak dapat tidur langsung ataupun bangun terlalu awal pada
jam 2 atau 3 jam dan selepas itu tidak dapat tidur semula , sebaliknya
menjadi resah dan gelisah .
- Perubahan
emosi bertambah mendadak dan ibu
mungkin kelihatan bingung. Selain itu ia mungkin mengadu
mendengar suara "hantu " mengutuk atau menuduhnya melakukan
pelbagai dosa atau kesalahan.
- Ia
mungkin menyuarakan kepercayaan karut
yang digelar delusi saperti mendakwa anak yang dilahirkanya sudah mati
atau akan mati akibat penyakit serius walhal anaknya tidak mengalami
sebarang penyakit.
- Akibat
pengalaman yang tidak normal
ini, ia mungkin cuba mencederakan diri sendiri atau
mencederakan
suami malah membunuh anaknya. Oleh sebab itu kes yang serius begini
perlu dirawat dalam wad untuk mengelakkan mereka daripada mencederakan
diri sendiri atau orang lain .
- Gangguan
emosi atau tekanan perasaan juga kerap
berlaku kepada ibu bersalin
yang bermasaalah atau berpenyakit keturunan .
Kemuraman ,
kemurungan ,Angin Merian apakah bezanya?
Simptom-simptom
dalam gila
merian
atau meroyan
ini adalah lebih teruk lebih menyeluruh serta lebih
mengganggu
keupayaan wanita untuk menjalankan tugas harian.
Dianggarkan
satu daripada setiap 500 ibu yang
melahirkan anak akan mengalami gila merian atau
meroyan ini
dan biasanya tanda-tanda ini timbul dalam masa dua
minggu
pertama selepas kelahiran . Jenis yang paling kerap berlaku
ialah kemuraman
dan kemurungan yang
mempunyai banyak simptom persamaanya.
Apakah
terdapat
penyakit-penyakit lain yang sering berlaku kepada wanita selepas
bersalin , juga menakutkan?
1. Bagi
ibu yang pertama kali bersalin selalunya menghadapi
keadaan radang Payu Dara
. Ianya boleh berlaku
selepas sepuluh hari melahirkan . Ini disebabkan oleh susu yang terlalu
banyak terkumpul dan lambat dikeluarkan sehingga payu dara membengkak
kerana si ibu belum pandai menyusukan bayi. Selain daripada itu puting
payudara yang merekah dan luka juga boleh menyebabkan
keradangan
2.
Semasa
dalam pantang biasanya ibu kurang membuat pergerakkan fizikal
dan banyak tidur . Ini amalan yang kurang
sihat dan boleh mengakibatkan thrombosis
atau darah
beku. Penyakit ini sering berlaku pada awal minggu
selepas bersalin . Pesakit
akan terasa sakit kepala , bisa-bisa badan yang keterlaluan. Keadaan ini
menyebabkan perjalanan darah terutama pada bahagian
tekanan saperti bahagian punggung , pinggang dan kaki
tersekat-sekat dan perlahan. Ibu akan terasa panas badan ,pergerakan
nadi menjadi cepat , perasaan saperti sesak nafas dan sakit saperti
dicucuk-cucuk atau kebas pada bahagian kaki dan pinggang ,lebih
cepat dibahagian rahim menyebabkan sakit berdenyut dan lelehan yang
berbau busuk akan mengalir
keluar dari tempat sulit.
3.
Selain
daripada itu jangkitan pada salur
kencing juga mudah terjadi pada waktu nifas atau semasa hamil.
jangkitan ini jika tidak dijaga boleh merebak ke bahagian ginjal dan
menyebabkan demam
4.
Perubahan tubuh
badan yang sering berlaku
keatas
wanita selepas
bersalin saperti perut membuncit dan berat badan semakin naik dianggap
pekara biasa bagi ibu-ibu yang telah lama atau baru bersalin dan juga
bagi mereka yang sering bersalin. Oleh itu ,
ibu-ibu cepat mengalah mengenai
penjagaan kesihatan dan
kecantikan tubuh badan (untuk mengembalikan bentuk badan yang
asal.) Banyak alasan yang diberikan oleh mereka . Salah satunya mereka
percaya
selepas bersalin bentuk badan dan akan menjadi besar .
5.
Mengikut
pendapat orang tua-tua setiap kali
bersalin satu urat akan
putus. Oleh itu ,
ibu selepas bersalin atau dalam berpantang akan
berasa kurang
selesa kerana posisi rahim diketika itu kembang,
bengkak,
dan terasa berat .
6.
Selain
daripada itu , urat saraf dibahagian
pinggul masih kendur ,
saluran kencing dan sekitar ari-ari turut bengkak akibat
tekanan
kepala bayi semasa hendak melahirkan . Luka-luka juga sering
berlaku didalam rahim serta dipangkal semasa uri hendak
dikeluarkan dan semasa melahirkan . Luka ini
disebut " luka
menggeleber " Luka yang menggeleber yang kecil biasanya dapat
dipulihkan tanpa masaalah tetapi luka yang besar akan menimbulkan rasa
tidak selesa dan menggangu kesihatan . Inflamasi yang kronik
dan
lelehan dari faraj adalah komplikisi biasa akibat luka pada pangkal
rahim yang tidak dirawati .Luka ini jika dibiarkan serta tidak mendapat
rawatan yang betul boleh menyebabkan penyakit kanser rahim
atau
kenser pangkal rahim .
7. Demam
kelahiran ' ialah demam semasa
nifas yang disebabkan oleh
infeksi di tisu rahim
. Infeksi ini terjadi kerana kuman
penyakit saperti
streptokokus memasuki tisu di pangkal rahim atau rongga rahim sewaktu
hendak melahirkan , keguguran atau pada waktu keguguran . Infeksi ini
amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Infeksi
mungkin
merebak dari rahim kedalam ovari atau tisu-tisu lain
sehingga timbul abses pada selaput peritoneum lalu
menyebabkan peritonitis .
8.
Lelehan
yang berwarna merah akan terus mengalir
selagi
rahim masih bengkak dan keadaan dalaman yang kurang sihat . Lelehan
yang keluar itu banyak sel darah, ketulan darah serta gumpalan dari
selaput lendir rahim. Darah nifas biasanya akan beransur
kurang
selama
14 hari . Selepas itu lelehan menjadi kuning coklat dan seterusnya
bertukar warna menjadi putih kekuning-kuningan sehingga tiba ke
hari 40
, barulah ia mula mengering.
9.
Jika sekiranya masih
ada lelehan cairan,
ini
menandakan rahim masih bengkak
dan
belum mengecut . Tubuh akan terasa tidak selesa , masih terasa berat
dibahagian ari-ari dan tempat sulit, perut sukar dikempiskan , nafas
serta badan berbau busuk dan rupa paras tubuh badan kelihatan
saperti sedang mengandung . lelehan
ini akan
berterusan dan menjadi penyakit keputihan selepas
pantang . Saluran vagina akan mengembang serta terasa berat .
Ini
boleh
mengganggu hubungan kelamin suami isteri .
10.
Sewaktu
tidur atau berjalan-jalan , pastikan ibu
jari kaki dijaga
supaya tidak tersepak , kerana mengikut petua orang tua-tua dulu ,
mereka bimbang ini boleh menyebabkan
bentan (tumpah darah )
11
Semasa
melahirkan anak, banyak tenaga telah
digunakan yang
menyebabkan keletihan . Keletihan ini juga boleh disebabkan
oleh
darah keluar dengan banyak . Kadang-kadang keletihan ini
boleh
menggangu kesihatan dan menyebabkan tekanan emosi. Pesanan
orang
tua-tua , penjagaan ibu bersalin dalam pantang hendaklah dilayan dengan
baik kerana mereka dalam keadaan yang lemah dari segi
jasmani dan rohani , mudah terkejut , mengalami gangguan
emosi
yang teruk dan sering tumpah darah apabila berhadapan dengan situasi
sedemikian.
Pada
masa dahulu
penyakit -penyakit sedemikian boleh menyebabkan kematian.
Sekarang ia dapat diselamatkan jika rawatan segera diberikan oleh Pakar
Sakit Puan .
Sembelit dan
Buasir
Sembelit adalah punca
buasir terutama jika seorang meneran ketika
membuang air besar .Telah menjadi kebiasaan bagi ibu-ibu
dalam pantang bersalin mengalami
masaalah sembelit ( sukar membuang air besar ). Sembelit kerap berlaku
kepada ibu-ibu yang tidak makan makanan berserat , kurang
minum
air, dan mengamalkan jamu panas . Diet serta
pantang larang secara ini
amat membahayakan kesihatan seseorang itu.
Buasir adalah
kejadian bonggol-bonggol
yang mengandungi vena yang kembang atau timbul
diselaput
lendir rektum atau pada kudis disekitar dubur.
Pesakit akan
mengalami pedih bisa serta gatal dan sakit yang berdenyut dibahagian
dubur , ada kalanya darah akan keluar bersama najis semasa membuang air
besar .Ketika melahirkan semasa meneran dan ketika dalam
pantang ibu-ibu akan berasa lemah dan kemungkinan
mengalami terkanan darah rendah apabila tumpah darah berlaku setiap
kali membuang air besar . Ibu akan kelihatan sugul, pucat dan tidak
bermaya dan ini boleh menyebabkan gangguan
emosi .
Sembelit juga boleh menyebabkan ketulan
najis terhimpun
di usus besar dan apabila berlanjutan , sembelit boleh menjejaskan
keluaran darah nifas yang teratur.
Kejadian ini boleh menyebabkan angin
keracunan atau angin meroyan menyerap kedalam sistem
tubuhbadan .
Apabila ini berlaku ibu bersalin akan mendapat pelbagai penyakit
saperti sakit kepala (migrain ), sakit dan bisa otot dan sendi ,
kebas-kebas sendi ,bengkak otot dan sendi , gatal dibahagian kemaluan ,
timbul urat dibetis dan menyebabkan penyakit kuning (jaundice)
Apakah
penyakit-penyakit
ini hanya
terjadi kepada yang bersalin Normal Sahaja ? Bagaimana
pula yang
bersalin secara Pembedahan ?
Samada
bersalin secara normal
atau
pembedahan seseorang wanita itu pasti akan
mengalami masaalah ketegangan emosi yang adakalanya memuncak sehingga
boleh
mengganggu hari-hari mendatang dalam hidupnya.
Oleh itu
orang tua-tua menyuruh berpantang
selepas melahirkan supaya
kesihatan rohani dan jasmani dapat dikembalikan iaitu
bertenaga
dan rupa tubuh badan yang asal dapat dinikamati .
Pesanan orang tua-tua juga dengan tegas agar patuh menjalankan
pantang larang bersalin kerana pergerakkan yang kasar , mencangkung
ketika bekerja , mengadakan hubungan kelamin ketika masih dalam
berpantang bersalin , jatuh terhempas punggung boleh menyebabkan
peranakan turun (proleps) dan kemungkinan menyebabkan peranakan
terkeluar.
Keadaan lebih teruk lagi bagi ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan
dimana luka pembedahan mengambil masa untuk sembuh dan sekiranya pekara
ini diambil mudah sahaja oleh ibu-ibu yang terlibat ianya akan
menimbulkan banyak masaalah kesihatan tubuh badan dimasa
mendatang
Sesetengah berpendapat bahawa ibu-ibu yang melahirkan
secara pembedahan tidak perlu bersusah payah melalui berpantang
bersalin kerana bayi tidak keluar melalui saluran faraj . Ini adalah
fahaman yang salah .Bagi setiap wanita proses mengandung
dan
melahirkan samada melalui pembedahan atau normal , apa yang perlu
adalah menjaga kesihatan organ dalaman wantia .
Bagaimana
kaedah rawatan ibu-ibu selepas
bersalin
dilakukan?
Terdapat pelbagai cara rawatan dilakukan mengikut tradisi
kaum di Malaysia.
Penyelidikan yang dilaksanakan oleh
pasukan saintis di Universiti Sains Malaysia berkaitan amalan
pengambilan herba bersalin telah menghasilkan penemuan yang
menakjubkan. Pengambilan cekur ketika dalam pantang bersalin dapat
menyeimbangkan hormon dan sekali gus mengelakkan masaalah kemurungan
atau mother blues.
Penjagaan
Secara Tradisional Tradisi
Melayu
Mengikut amalan secara tradis
melayu rawatan yang dilakukan adalah dimana :-
- Menggunakan bahan-bahan herba saperti
cekur, , halia , kunyit dan lain-lain herba sebagai pemakanan
- Melakukan acara bertuam ,
- Berbarut atau berbengkung serta
- Bertangas atau berganggang dan juga
akan dapat membantu
wanita-wanita selepas bersalin pulih saperti sediakala dimana
keanggunan ibu-ibu mengatasi perawan.
Rawatan Bersalin Secara
Moden
-
Mengikut
cara perubatan moden air perlu
diminum dengan banyak untuk menyusukan bayi
-
Pengambilan
buah-buahan dan sayur-sayuran
dimestikan untuk mengatasi sembelit. Senaman dengan gerakan -gerakan
yang tertentu perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang infeksi yang
mungkin berlaku semasa melahirkan .
-
Ubat
penahan sakit juga diberi oleh doktor untuk
melegakan sakit.
-
Semua
cara ini memang boleh
membantu kesihatan ibu dari segi luaran dan dalaman tetapi
kebanyakkannya menderita dengan kesan sampingan ubat-ubatan
moden
dan cara senaman yang tidak terkawal.
- Mereka
juga menjauhkan diri daripada
amalan herba serta petua nenek moyang tentang penjagan diri semasa
dalam pantang bersalin
Adakah
terdapat sebarang produk khas selepas melahirkan
secara tradisional mengikut
tradisi melayu?
Rangkaian Herbanika Bersalin Nona
Roguy dirumus
khas bagi membantu penjagaan kesihatan dan kecantikan ibu semasa
menjalani
tempoh selepas bersalin .Ia terbahagi kepada
2
bahagian iaitu untuk penjagaan dalaman dan penjagaan luaran .
Khasiat
Penjagaan Dalaman adalah:-
- Untuk
membantu mengeluarkan
dan mebersihkan penimbunan kotoran bertoksid , darah beku, air
berlebihan dan kotoran hasil air kencing dan juga lemak. Ia juga
membantu menguatkan dan mempercepatkan proses pengecutan rahim dengan
mengaktifkan hormon yang mengimbangai sistem tubuh dan mempertingkatkan
kuantitit dan kualiti penghasilan susu ibu.
Khasiat
Penjagaan Luaran pula :-
- Membantu
melegakan masalah sejuk-sejuk ,
kebas, mengurangkan pengeleberan dan memperkecilkan kesan
jaluran
perengangan, pigmentasi, mengejab, menyegarkan kembali payudara , otot
tubuh dan menggalakkan kelangsingan tubuh yang lebih berbentuk
Apakah
pekara ini boleh dipercayaai ?
Dalam pekara ini suatu penyelidikan dan kajian Saintifik telah
dilakukan oleh sekumpulan pensyarah Jabatan Farmakologi,
Pusat
Pengajian Sains Perubatan , Universiti Sains Malaysia (USM ) Cawangan
Kubang Kerian Kelantan dengan Kerjasama Nona Roguy
telah
menemui kaedah baru rawatan saintifik untuk wanita selepas bersalin
yang menghidap penyakit meroyan (gila merian ), dengan menggunakan
sejenis Herba.
Menurut Pensyarah Jabatan farmakologi USM Prof.Madya Syed
Mohsin
Syed Sahil Jamalulai ,
"Penggunaan
ubat tradisional Herbanika Bersalin Nona
Roguy
melalui hasil kajian,mampu mengatasi penyakit meroyan (gila
merian ) yang sering berlaku dikalangan wanita selepas bersalin .
Amalan pemakanan herba tersebut boleh bertindak sebagai
penenang serta membantu wanita mengurangkan
tekanan
perasaan yang dialami oleh wanita selepas bersalin '
Sementara
itu Pengarah Urusan Nona Roguy , Datin
Sharifah Anisah Tan Sri Syed Agil Barakbah memberitahu " Set Bersalin
Nona Roguy yang merangkumi penjagaan kesihatan ibu selepas
bersalin secara luaran dan dalaman terbukti
berkesan
memelihara kesihatan , mengekalkan kecantikan badan dan wajah serta
mengatasi angin meroyan dan tekanan emosi. Keselamatan , Kebersihan dan
keaslianya Herba keluaran Nona Roguy adalah dijamin .
Kini Set Bersalin adalah suatu pilihan yang popular dan tidak asing
lagi dikalangan ibu-ibu selepas bersalin bukan sahaja dikalangan orang
melayu tetapi juga pelbagai kaum di Malaysia.
ADAKAH
BEZA ANTARA KEDUA-DUA RAWATAN
INI
Kebanyakan
ibu moden memang
berjaya untuk
keberkesanan mengempiskan perut dan melangsingkan badan
menggunakan alatan senaman juga memakan vitamin dan
mengamalkan pemakanan yang menyihatkan untuk mengembalikan
tenaga
akan
tetapi
pada
hakiaktnya
kulit perut masih lembik kendur dan berjalur apabila dilihat tanpa
berpakaian . Payudara semakin kecut walaupun bermacam-macam cara
dilakukan .
Sesungguhnya
untuk
kembali kepada tubuh
mantap, segar sihat dan wajah berseri serta awet muda masih jauh
kebelakang berbanding amalan rawatan tradisional cara lama
Apakah
amalan
Tradisi Melayu menyusahkan?
Ada
juga amalan Tradisi Melayu yang
lebih menyusahkan ibu bersalin
saperti pemakanan dan minuman yang amat terhad .Ibu-ibu dalam pantang
bersalin disyurkan makan nasi dengan ikan masin atau ikan panggang
berkunyit dengan sukatan air masak mengikut sekatan jari 2
ruas
jari untuk sekali minum .
Namun ini sebenarnya mengakibatkan ibu-ibu dalam pantang
bersalin
mengalami tekanan darah rendah dan adakalanya mendapat penyakit buah
pinggang dan boleh juga
mengakibatkan penyakit
kronik seperti mengalami
masaalah lelehan cecair yang
gatal
dan sembelit.
"Oleh
sebab yang demikian pakar-pakar perubatan moden menentang
sekeras-kerasnya cara-cara pantang larang ibu bersalin cara Tradisi
Melayu".
Walhal
petua Tradisi Melayu
cara sederhana dapat mengembalikan bentuk badan yang asal , mengecutkan
rahim dengan cepat , merapat , merapikan saluran rahim serta
mengempiskan perut ibu selepas bersalin .
Kelahiran
Secara Pembedahan , Apakah ia
tiada kesan sampingan ?
Ada
juga ibu-ibu moden yang memilih cara
kelahiran secara pembedahan kerana
mereka berpendapat
ia boleh mengelakkan kelonggaran dan luka terkoyak dibahagian faraj .
Kemungkinan mereka ini tidak tahu bahawa peranak rahim atau peranakan
mengambil tempat utama bagi kesihatan kewanitaan seorang
perempuan . Jikalau rahim masih bengkak, luka dan berpenyakit puan ,
sapertimana yang telah disebutkan maka akan terjejas
kesihatan
bila mana saluran faraj akan menjadi longgar sebab
berair.
Ibu-ibu moden yang berkemampuan telah ramai yang menjalani pembedahan
bahagian sulit untuk merapatkan kembali saluran
faraj ( vagina passage ) supaya sentiasa menjadi "gadis
sepanjang hayat
" . Pembedahan sapeti ini telah menghilangkan daya kemutan urat saraf
semulajadi kerana pembedahan itu telah mematikanya
Pekara ini telah menjadi buah mulut kaum laki-laki yang mengatakan
sapeti meniduri getah yang dijahit rapat atau
saperti
meniduri seorang lelaki yang menukar jantinanya. menjadi perempuan .
Walau
bagaimanapun itu adalah suatu kejayaan bagi kaum perempuan untuk
mepertahankan hak wanita .
Apa
akan terjadi
sekiranya wanita
kehilangan rahim ?
Kehilangan
rahim akan mengganggu
hormon wanita, Ganguan hormon adalah satu yang sulit diatasi melainkan
diberikan bantuan hormon terapi atau bekalan hormon tumpangan
yang direka khas untuk wanita putus haid. Segala rawatan ini akan
mempunyai kesan dimana kebanyakan wanita tidak tahan
menanggung
risikonya.
Walaupun
kebanyakan pakar perubatan
menafikan akan kesan sampingan daripada perubatan hormon tersebut, yang
jelas sekali ialah kenaikan berat badan yang tidak dapat dikawal
"Wajah
dan jasmani luaran dapat diperbaiki dengan cara pembedahan plastik
tetapi malangnya tidak boleh keatas rahim "
Menjaga
kesihatan Selepas Bersalin.
Apakah
perlu ?
Apakah
kebahagian akan tercapai?
Apakah akan
terjadi sekiranya mengambil ringan akan rawatan
selepas bersalin ?
Sembilan
bulan sepuluh hari
menunggu kelahiran , seorang ibu akan
mengalami
perubahan
berlaku pada diri jasmani ( tubuhbadan ) dan rohani (jiwa) serta
anggota
dalaman termasuk juga kadang kalanya menghadapi
masaalah
yang lebih berat dimana ketegangan emosi yang adakalanya
memuncak sehingga boleh
menggangu kehidupan harian , terkemudian
daripada itu terbiar tanpa sebarang penjagaan yang rapi.
Apakah
itu tidak
cukup untuk membayangkan akan kesan dan akibat
selepasnya ?
Cuba fikirkan sekiranya kesihatan dianggap pekara penting oleh
pihak wanita ,
- Wanita
yang mempunyai
tubuh badan yang sihat dapat membantu
keharmonian
rumah tangga .
-
Kaum
wanita hendaklah
mengetahui bahawa sebagai isteri , pintu rahim dan rahim adalah asas
kebahagian seorang perempuan sebagai isteri . walau bagaimana rapat
sekalipun saluran faraj , jikalau bahagian rahim menghidap penyakit
puan maka lemahlah saluran faraj
-
Apabila
uzur dibahagian wujud
anggota seorang perempuan maka proses "penuaan"
berlaku lebih cepat.
-
Mempunyai
tubuh badan
yang sihat akan menjadikan wanita itu lebih cergas dan boleh
menjalankan kehidupan seharianya dengan lebih bertenaga.
-
Dengan
kesihatan yang
mengembirakan , segala tugas-tugas saperti menjaga anak
-anak,
rumahtangga dan keluar bekerja bukanlah suatu pekara yang membebankan
dan mejadikan tekanan buat wanita itu.
-
Wanita
adalah tulang belakang
sesebuah keluarga maka dengan itu mempunyai
kesihatan yang
baik boleh menjadikan kehidupan ini lebih bermakna .
Kesimpulanya
Adalah
amat
penting bagi wanita menjaga diri selepas bersalin
dan jika
diabaikan , kesannya mungkin tidak berlaku serta merta .
Namun
apabila melalui kelahiran yang banyak , usia pula meningkat ,dan tenaga
semakin menurun banyak masaalah kesihatan akan berlaku,
dan
Akibat
pengabaian
tentang penjagaan diri semasa dalam pantang , ibu-ibu moden
seringkali mendapat penyakit bisa tulang , terasa badan
berbisa ,
kebas kaki dan tangan , bengkak otot dan sendi., sakit pinggang dan
sakit di ari-ari. masalah rahim tersangkut (prolapse ),
hakisan mulut
rahim , keluaran cecair , ketumbuhan dipintu rahim , longgar saluran
rahim, tidak ada daya kemutan .
Bila
keadaan sedemikian berlaku
kebanyakkan ibu-ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Untuk
mendapatkan makumat yang lebih teperinci pentingnya
penjagaan diri semasa pantang bersalin sila semak buku Ensiklopedia
Perbidan Melayu tulisan Anisah Barakbah dalam bab 5 mukasurat 160
Bagaimana
Petua orang tua-tua dahulu
berhasil dan membantu bagi kaum wanita sekarang ?
Mengikut
sejarah rawatan tradisional dan
petua-petua orang tua dahulu ada banyak faedahnya jikalau diamalkan
dengan penuh keyakinan , kesabaran dan teratur . Nasihat
dan rawatan orang tua-tua sememangnya baik jika dilakukan dengan betul
dan secara sederhana .
InsyaAllah
kaum wanita tidak akan
terperangkap dengan keadaan yang menyedihkan ini. Sangatlah rugi jika
seseorang wanita itu angkuh dan sombong tidak mahu mempraktikkan
cara-cara yang dipandang 'low quality dan tidak setaraf dengan
kehidupan masa kini sedangkan masyarakat sedunia telah
beralih
pandangan kepada rawatan perubatan herba yang bersih dari dadah dan
tanpa kimia .
Cleopatra , puteri Mesir yang terkenal dengan rupa paras yang menarik
menjaga kecantikan dengan menggunakan rawatan secara tradisional dengan
begitu tekun dan rapi sekali .Beliau mengunakan bahan -bahan asli
saperti madu lebah asli, susu kaldai, buah badam dan putik bunga untuk
penjagaan dirinya .
Puteri-puteri dari siam dan jawa patuh dengan penjagaan secara
tradisional dengan menggunakan akar-akar kayu, cendana , bunga-bunga
dan limau purut dalam penjagaan diri seharian .
Mengikut secara barat, ibu bersalin diberikan sejenis minuman keras
dengan sukatan yang teratur sebagai perubatan untuk mencuci dan
mengelurkan darah bantal ( clots) dan merendam bahagian sulit
dengan brandy yang dicampur dengan garam dan air panas sebagai pencegah
kuman dan penyembuh luka ( antiseptik ) Ibu ini juga mengikat barut
panjang saperti bengkung jawa . Tali kain ini diikat di pintu dan ibu
bersalin akan melilitkan badan nya sambil memusingkan mngikut kain yang
panjang itu dibahagian perut pinggang dan punggung sehingga kejap dan
rapi . mereka juga menggunakan cendana dan minyak badam untuk
memelihara
daripada sejuk dan kekeringan .
Pekara
yang sebenarnya Tradisi Melayu dalam cara Pantang Bersalin
yang
diamalkan telah memberi kesan yang menakjubkan dari segi kesihatan
Fizikal dan Mental.
Pemakanan
atau Diet Semasa Di Wad
& selama 44 hari:-
-
Ibu
- ibu dalam pantang bersalin boleh
memakan buah-buahan sapert Epal merah (bukan yang masam,) Oren
Manis,( Limau manis),Kurma , Buah Zaitun, Buah Tin (Fig), Delima , Pir,
Lai, Pic, Aprikot, Strawberi, Anggur (jangan berlebihan boleh
menyebabkan batuk),
-
Jus
Epal, Blackcurrant ( Ribena )
buah Peach & sirap. Minuman
berkhasiat iaitu Susu,
Susu Kacang Soya, Horlicks, Milo & Air Akar Herbanika
-
Gunakan
Gula Merah , Gula Perang , Raw
Sugar dan Madu Lebah.
-
Sayur-sayuran
yang disyurkan boleh
dimakan ulam -ulam Pengaga,Lemuni , Daun
dan
Bunga kunyit , Brokoli, Daun pudina , Daun kari, Lobak Merah,
Tomato biji, Brokoli, Asparagus ,Salad, Capsicum, Cili Merah, Bebawang
( merah , putih ,besar) dan Ubi Kentang
-
Nasi
Panas sederhana lembut , Bubur
Nasi , Spagetti, Pasta & Makaroni
-
Ikan
yang segar iaitu Ikan Merah,
Tenggiri, Haruan, Jenahak, Selar Kuning , Kerisi, Kurau, Kerapu,
Siakap, Kod , Bawal Putih & Senangin.
-
Makanan
Bijirin iaitu Gandum , Oats,
Empingan jagung (Corn flakes ) Bran , Muesli, Beras Merah
Perang
,Kismis Kuning dan hitam, Kekacang Soya ( Tahu,Tempe &Tofu )
Kekacang Badam , Walnut, Gajus & Bijan, Roti Putih, Roti
Wholemeal/
wholeGrains
-
Roti
Canai, Tosei, Roti Puri dan Kari
Dijauhi
semasa dalam pantang bersalin
-
Ikan
-ikan yang berbisa saperti ikan
bawal hitam , ikan terubuk, ikan pari, ikan kembung , sembilang ,
tongkol,parang dan juga makanan laut yang lain dimana
ia
boleh menyebabkan luka-luka dan bengkak dalam rahim sukar
sembuh
dengan cepat . Ia juga akan mendatangkan rasa kesakitan yang berbisa
serta keluaran cecair yang berbau busuk . Ini boleh menyebabkan infeksi
kuman yang membawa kegatalaan dan masaalah kulit,dibahagian sulit.
-
Ibu
-ibu bersalin dilarang memakan ikan
masin ketika didalam pantang kerana ia boleh mengakibatkan darah nifas
berbau busuk dan cepat kering serta melemahkan daya tekanan
fizikal dan mentalnya
- Ibu
bersalin dinasihati jangan makan
sayur-sayuran yang menjalar dan sejuk , minuman sejuk bergas dan tajam
saperti air tebu , air cincau , nanas, air kelapa muda , jambu,
belimbing
, durian belanda , mangga dan betik.
Segala
ini boleh menyebabkan masaalah
penyakit tulang , sejuk otot dan sendi, dimana penyakit-penyakit ini
semakin menjadi-jadi di negara barat saperti arthritis, rheumatism
,rheumatoid arthritis serta penyakit untut dan lemah sendi .
Terdapat
pelbagai resepi makanan yang boleh
dicuba ataupun diamalkan oleh ibu-ibu ketika pantang bersalin
didalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.
|